ProjekNiaga.com telah ditubuhkan pada Februari 2008 dengan tujuan untuk membantu pengguna – pengguna internet yang berminat untuk memasarkan produk atau perkhidmatan mereka di secara online dengan kadar yang segera dan penggunaan sumber yang terbaik.
Kami di ProjekNiaga.com menawarkan pelbagai perkhidmatan berasaskan pembinaan laman web iaitu terkandung dari segi rekacipta (design) laman web, pemasangan sistem script (affiliate, autoresponder, shopping cart, borang, wordpress, joomla dan lain – lain), kemaskini laman web, penulisan pemasaran (copywriting), khidmat nasihat dan juga membekalkan peralatan serta perisian yang diperlukan untuk sesebuah laman web pemasaran.
ProjekNiaga.com adalah dibawah naungan Syarikat Profit Internet Solutions (NS0035799-X) iaitu sebuah syarikat berasaskan web (web based company) yang telah beroperasi sejak Januari 2008 di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Perkhidmatan yang ditawarkan di ProjekNiaga.com adalah diusahakan oleh sekumpulan usahawan internet yang mempunyai pengalaman dalam industri perniagaan secara online dan memahami kehendak, keperluan serta perkembangan terbaru berkaitan pemasaran internet (internet marketing).
Misi Kami
Melahirkan lebih ramai usahawan IT dengan memberi bantuan dalam aktiviti pemasaran produk dan perkhidmatan mereka di internet dengan mudah, cepat dan berkesan.
Visi Kami
Menjadi rakan niaga yang terbaik dan dipercayai oleh para usahawan yang berminat untuk memasarkan produk atau perkhidmatan mereka menerusi internet.